Sup memanglah tak asing lagi bagi kita yang membesar di Malaysia ini. Ia sesuai dengan semua situasi, tak kira sebagai sarapan, makan tengahari ataupun malam.
Antara resepi sup di kalangan rakyat Malaysia, yang popular sekali semestinya sup sayur kerana ianya mudah dan sedap. Sup sayur yang dihidang panas-panas, ditambah dengan sawi, cendawan. Pergh! Tak cukup lagi?
Taburkan dengan potongan daun bawang dan rintikkan sedikit minyak bawang goreng. Seterusnya ditambah pula dengan Bebola Ikan Putih Khory, yummy!!
Cara yang mudah adalah menjamu selera di restoran, gerai warung atau kedai kopi, tetapi ianya lebih memuaskan jika mencuba resepi sup sayur ini di rumah sendiri. Dengan ini, anda boleh pilih mana-mana dan sebanyak ramuan yang anda suka.
Kami di KHORY mempunyai pelbagai produk yang sesuai untuk sup sayur anda. Bebola Ikan Putih KHORY dan Kek Ikan KHORY lazat lagi kenyal dikunyah, dan penuh dengan khasiat protein ikan. Sekarang, anda boleh memasak resepi sup sayur ini bila-bila saja yang anda suka.
BAHAN-BAHAN :
- 1 ketul dada ayam (potong kecil-kecil)
- 1 batang sayur sawi
- ¼ kobis
- 1 batang lobak merah
- 1 peket kecil cendawan tiram
- 3 biji telur
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 peket Bebola Ikan Putih KHORY
- 1 peket Kek Ikan KHORY
- 1 sudu besar Sos Cili KHORY
- 1 susu teh minyak bijan
- 3 cawan air
- Garam secukup rasa
UNTUK DITUMBUK :
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Segenggam ikan bilis
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak didalam periuk.
- Kemudian, tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam.
- Kacau dan biarkan sehingga isi ayam masak.
- Terus masukkan air, sos tiram dan Sos Cili KHORY, biarkan sampai kuah mendidih lalu masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Apabila telur sudah masak, masukkan lobak merah, biar sehingga empuk.
- Jangan lupa untuk masukkan 2 peket Bebola Ikan Putih KHORY dan 1 peket Kek Ikan KHORY.
- Kemudian masukkan semua sayur dan garam.
- Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika lalu tutup api.
Nota : Jangan masak sayur terlalu lama, nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

No comments:
Post a Comment