Breaking News
recent

10 TIPS ATASI ANAK LIAT KE SEKOLAH

Visit us on FACEBOOK

Dah masuk tahun baru. Ini bermakna cuti panjang bakal berakhir dan anak-anak akan mula bersekolah tak lama lagi. Ibu bapa yang mempunyai anak pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah pastinya akan menghadapi sedikit kesukaran di awal-awal persekolahan.
Nak tahu tips untuk mengatasi dan melayan anak yang tak mahu ke sekolah? Ini jawapannya:

1. Main Cikgu-Cikgu
Beberapa bulan sebelum musim persekolahan bermula, luangkanlah masa bersama anak anda dan ajak mereka role playing bersama-sama. Anda boleh berpura-pura menjadi seorang cikgu yang cukup baik supaya anak anda boleh mendapat gambaran mengenai situasi sebenar sewaktu di sekolah. Ini secara tak langsung akan membangkitkan keterujaan anak anda untuk memasuki dunia persekolahan yang sebenar.


2. Belikan Alat Tulis Watak Kartun Kegemarannya
Ini adalah salah satu cara terbaik untuk memujuk anak-anak supaya berminat untuk ke sekolah. Sebaiknya, bawalah anak anda keluar membeli-belah barang-barang persekolahan seperti beg, botol air dan alat-alat tulis yang menjadi kegemarannya. Kalau Frozen yang dipilih, belikan sahaja. Jangan pula anda si ibu berkeras membelikan watak kartun lain pula.


3. Ajar Anak Bangun Pagi
Kanak-kanak seawal usia 4-6 tahun kebiasannya paling sukar bangun pagi. Jadi untuk memastikan anda tak kelam-kabut untuk melayan kerenahnya yang menangis kerana dipaksa mandi untuk ke sekolah, pastikan anda sudah mula mengajar si kecil menjadi early riser kira-kira sebulan sebelum sesi persekolahan bermula.



4. Bawa Anak Lawat Sekolah
Dengan cara ini, anak anda tidak akan rasa asing di hari pertama persekolahannya kerana telah didedahkan dari awal mengenai selok-belok bilik darjah dan kawasan sekelilingnya. Kenalkan juga anak anda kepada guru-guru dan rakan sekelasnya dan biar mereka bergaul mesra sewaktu sesi orientasi.


5. Ajar Anak Ke Tandas Sendiri
Biasanya anak-anak yang ke sekolah tadika dan darjah satu masih lagi kekok dan malu-malu untuk memberitahu orang lain selain ibu bapanya mahu ke tandas untuk membuang air. Ada yang terlampau segan sampai terbuang air dalam seluar. Untuk mengelakkan itu dari terjadi, anda boleh mendidik anak anda untuk ke tandas dan membersihkan diri tanpa bantuan  orang lain. Dalam masa yang sama, selitkan juga nasihat tentang apa yang patut dibuat jika mahu ke tandas di sekolah.


6. Jangan Ejek Anak
Jika anak anda menangis di hari pertama persekolahan, janganlah ejek dan menyindir. Sebaiknya, pujuk mereka dan janjikan sesuatu yang boleh menggalakkan mereka untuk kembali ke sekolah pada hari seterusnya. Contohnya, beri ganjaran aiskrim jika si anak boleh berlaku baik di sekolah. Sekali sekala umpan anak untuk kebaikan apa salahnya.


7. Teman Anak Waktu Rehat
Ibu bapa digalakkan mengambil cuti di hari pembukaan sekolah agar dapat menemani anak mereka. Waktu rehat paling penting kerana anak-anak masih belum biasa dengan keadaan di sekolah. So, adalah menjadi tanggungjawab parents untuk memberitahu anak mereka apa yang patut dibuat atau dibeli di kantin. Anak-anak kecil kan masih belum pandai berjual beli, jadi pastikan mereka sudah diajar terlebih dahulu mengira duit dan baki yang sepatutnya mereka terima selepas membeli makanan.


8. Jangan Ambil Lambat
Kanak-kanak cukup pantang bila ibu bapa atau penjaga lewat mengambil mereka dari sekolah. Kalau boleh elakkan kerana takut anak-anak akan jadikan kelewatan anda sebagai punca untuk mogok tak mahu ke sekolah lagi.

9. Ambil Tahu Kerja Sekolah
Luangkanlah masa dalam lebih kurang sejam setiap malam untuk bertanya perihal sekolah dan menyemak kerja sekolah mereka. Cara begini membuatkan anak-anak rasa dihargai dan diambil berat.

10. Sediakan Kelengkapan Sekolah Setiap Pagi
Bagi memujuk anak yang liat ke sekolah, ibu bapa perlu banyak bersabar dan bertoleransi. Pastikan baju sekolah mereka sudah siap digosok, kasut dan stokin siap tersedia di depan pintu, beg sekolah sudah dikemas dan sarapan siap dimasak. Jika anak anda tak mahu makan di waktu pagi, cukup sekadar minum susu atau milo dan bungkuskan mereka bekal.

Semoga ibu bapa di luar sana dapat memanfaatkan tips ini sebaik mungkin. Semoga bertabah apabila anak anda mengamuk di sekolah nanti, ya! Hehe.

Unknown

Unknown

No comments:

Post a Comment

Google Trending

Kota Emas Berkat Ent. Powered by Blogger.